Kuching, Sri Aman catat IPU amat tidak sihat

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 10:59 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kuching, Sri Aman catat IPU amat tidak sihat

Kuching dan Sri Aman merekodkan IPU amat tidak sihat, manakala 35 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat

KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap amat tidak sihat setakat 8 pagi tadi dengan Kuching mencatatkan bacaan IPU 235 dan Sri Aman merekodkan 216.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 35 kawasan di lapan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat.

Sarawak merekodkan jumlah tertinggi dengan 10 kawasan, diikuti Selangor (enam), Johor (empat), Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing tiga serta Pahang dan Melaka masing-masing dua.

Kuala Lumpur merekodkan dua kawasan pada tahap tidak sihat manakala Terengganu, Putrajaya dan Labuan masing-masing satu.

Kawasan terlibat di Sarawak ialah Samalaju (200), Bintulu (199), Mukah (195), Samarahan (195), Sarikei (189), IPD Serian (184), ILP Miri (181), Sibu (181), Miri (176) dan Limbang (162).

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Johan Setia (179), Shah Alam (165), Banting (156), Petaling Jaya (155), Klang (154) dan Kuala Selangor (153) manakala di Johor membabitkan Segamat (160), Tangkak (154), Batu Pahat (153) dan Kluang (152).

Tiga kawasan di Negeri Sembilan ialah Nilai (167), Seremban (166) dan Port Dickson (153) manakala di Sabah membabitkan Kimanis (167), Politeknik Kota Kinabalu (164) dan Kota Kinabalu (161).

Kawasan lain ialah Jerantut (166) dan Temerloh (162) di Pahang, Alor Gajah (157) dan Bukit Rambai (157) di Melaka, Batu Muda (161) dan Cheras (161) di Kuala Lumpur serta Putrajaya (162), Labuan (161) dan Paka (117) di Terengganu.

Sementara itu, 20 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana dan lapan kawasan berada pada tahap baik. Tiada kawasan mencatatkan bacaan berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved