
PEMPENGARUH media sosial popular, Ameera Khan kembali menjadi sasaran kecaman selepas tindakannya membiarkan kucing peliharaan menjilat coklat mencetuskan perdebatan dalam media sosial.
Meskipun adik kepada selebriti Neelofa itu menegaskan haiwan kesayangannya masih berada dalam keadaan baik, penjelasan tersebut tidak cukup untuk menutup mulut netizen, malah ada terus mempertikaikan tahap pemikirannya.
Ada pula netizen menyerang latar pendidikan Ameera dengan komen jauh lebih peribadi dan tidak berkaitan dengan isu asal.
Diva pun terkedu membaca serangan sedemikian. Teguran mengenai keselamatan haiwan memang ada asas kerana coklat mengandungi bahan seperti theobromine dan kafein, berpotensi memudaratkan kucing.
Namun, menegur tidak bermaksud kita mendapat lesen untuk menghina tahap kecerdikan, pendidikan atau latar belakang seseorang.
Dalam masa sama, Diva harap kalau sudah ditegur mengenai keselamatan haiwan, ambillah sebagai peringatan.
DIVA: Sang Penikam nyanyian Noh Salleh bersama Aina Abdul memang lain macam. Video muzik pun cukup memukau, boleh buat mata terpaku!
The post Kucing jilat coklat, IQ LMK pula yang dipersoal appeared first on Kosmo Digital.


