Kucing Lawan Manusia, Acara Sukaneka Comel Ini Buat Ramai Terhibur

Entertainment
20 Aug 2023 • 3:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Acara sukaneka ialah aktiviti wajib setiap kali hari keluarga mahupun apa-apa acara diadakan. Aktiviti seperti ini kebiasaannya dilakukan untuk mengeratkan hubungan dan memeriahkan suasana kerana memerlukan kerjasama pasukan.

Bercerita tentang sukaneka, baru-baru ini tular sebuah video dari Indonesia yang menunjukkan sebuah acara sukaneka.

Menerusi video berdurasi selama 2 minit 30 saat itu, dilihat sebilangan kanak-kanak sedang cuba menghabiskan makanan yang diikat pada tali. Peserta perlu mengimbangkan diri dan menghabiskan makanan tersebut untuk menjadi pemenang.

image is not available

image is not available

Apa yang lucu tentang acara sukaneka tersebut adalah ia turut disertai oleh beberapa ekor kucing! Dua ekor kucing berwarna hitam dan putih dilihat sedang turut serta mencapai makanan yang diikat dengan tali, sama seperti peserta kanak-kanak tadi. Comel betul!

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-ratanya terhibur dengan aksi-aksi kucing tersebut. Ada juga yang memuji kecomelan kucing tersebut yang dilihat memakai pakaian.

“Comel betul, fokus dekat kucing tu je”, tulis seorang individu.

Sehingga kini, masih belum diketahui siapakah pemenang acara sukaneka tersebut. Namun apa yang pasti, kucing-kucing tersebut pasti telah berusaha sehabis baik untuk menewaskan kanak-kanak itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.