Kumpulan Warga Emas Tak Jadikan Umur Sebagai Penghalang Untuk Buat Parasailing Di Sabah [Video]

LocalTravel
19 May 2025 • 12:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila bercuti atau melancong ke sesuatu kawasan pasti ada di antara kita suka mencabar keberanian dan ketahanan diri dengan melakukan aktiviti lasak.

Malah ada yang berpuas hati apabila berjaya melakukan sesuatu aktiviti lasak dan ingin melakukannya lagi di masa akan datang jika mempunyai peluang.

Bukan hanya itu, aktiviti lasak ini kebiasaannya dilakukan oleh individu yang masih muda kerana mempunyai fizikal yang lebih kuat.

Sekumpulan wanita warga emas buat parasailing ketika bercuti di Sabah

Namun berbeza dengan sekumpulan wanita warga emas ini apabila tidak menjadikan umur mereka sebagai penghalang untuk menikmati percutian dengan melakukan aktiviti lasak sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sabah Kundasang Tour di TikTok, awalnya kelihatan mereka menemuramah empat wanita warga emas yang ingin melakukan aktiviti parasailing sewaktu berkunjung ke Sabah.

Dalam video berkenaan, kedengaran seorang lelaki bertanya kepada empat orang makcik berapakah umur mereka.

“Nak pergi main parasailing, makcik umur berapa? ’80 (tahun, jawab makcik pertama)’. 80 main parasailing.

“Makcik? ’71 (tahun, jawab makcik kedua),” jawab mereka sewaktu disoal.

Makcik sampai tersasul cakap umur 16 tahun ketika ditanya

Malah ketika bertanya kepada makcik yang ketiga, makcik itu turut tersasul apabila mengatakan umurnya 16 tahun. Namun dia sebenarnya ingin memaklumkan umurnya 61 tahun.

Momen itu secara tidak langsung membuatkan rakan-rakannya juga ketawa. Manakala makcik yang keempat pula berusia 74 tahun.

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit turut berkongsi momen indah kumpulan warga emas itu melakukan parasailing daripada bot.

Siap melambai-lambai ketika naik parasailing

Apa yang lebih menarik, kelihatan mereka sedikit pun tidak takut sebaliknya melambai-lambai ke arah kamera sebelum terbang ke udara secara perlahan-lahan.

Malah mereka dilihat begitu gembira sambil memegang kamera untuk merakam diri sendiri sewaktu berada di udara.

Ramai tabik lihat aksi makcik warga emas naik parasailing

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka serta tabik pada kumpulan makcik terbabit. Ini kerana meskipun sudah berusia namun berani mencuba aktiviti lasak serta dilihat bertenaga.

Tidak kurang juga ada mendoakan semua makcik itu diberikan kesihatan yang baik.

Malah ada yang turut cemburu dan tercabar melihat aksi makcik berkenaan sewaktu menaiki parasailing tersebut.

“Aku nampak dah masa depan aku lepas keluar duit KWSP ke mana”

image is not available

“Hebat-hebat makcik semua, semoga sihat selalu ya”

image is not available

“Cayalah makcik-makcik. Jealous saya, tak dapat join parasailing. Lain kali ajak saya tau”

image is not available

“Saya 47 tahun, berjalan pun lutut dah berbunyi”

image is not available