Kunci Bilik Dari Dalam, Calon SPM Ditemui Maut – “Hasil bedah siasat disebabkan…”

13 Oct 2025 • 11:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin.

Calon SPM ditemui maut

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, pihak Balai Polis Kuala Klawang menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu sekitar jam 11.50 malam.

image is not available

Foto: Bernama

“Siasatan awal mendapati remaja itu dijumpai dalam sebuah bilik rumah teres milik keluarganya. Pemeriksaan mendapati si mati mengunci pintu dari dalam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh remaja tersebut tidak menemukan sebarang kesan kecederaan akibat pergelutan atau perlakuan jenayah.

“Selain itu, tiada kesan penggeledahan di dalam bilik tersebut dan tiada barangan peribadi milik si mati yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

image is not available

Foto: FB Balai Polis Negeri Sembilan

image is not available

Foto: FB Balai Polis Negeri Sembilan

Alzafny berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 10 pagi semalam mendapati remaja berkenaan meninggal dunia akibat gantung diri, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya, bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Sumber: Facebook Negeri Sembilan