Kunjungi Jerayawara OPPO Di Suria KLCC Untuk Mencuba OPPO Find X9 Ultra Dari 13 Mei Hingga 17 Mei

DigitalSales & Promo
13 May 2026 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Image from: Kunjungi Jerayawara OPPO Di Suria KLCC Untuk Mencuba OPPO Find X9 Ultra Dari 13 Mei Hingga 17 Mei

Jika anda berdekatan dengan Suria KLCC, anda boleh singgah ke jerayawara yang OPPO Malaysia adakan. Disini, anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti mercu terbaru OPPO iaitu OPPO Find X9 Ultra dengan teknologi kamera yang sangat menakjubkan. 

Image from: Kunjungi Jerayawara OPPO Di Suria KLCC Untuk Mencuba OPPO Find X9 Ultra Dari 13 Mei Hingga 17 Mei

Di jerayawara ini, anda boleh melihat sendiri rekaan yang dibawa oleh OPPO untuk peranti Ultra mereka dengan sentuhan inspirasi dari kamera Hasselblad dengan lebih dekat. Jika anda ada sebarang kemusykilan mengenai peranti OPPO ini, petugas yang ada disini boleh membantu. 

Image from: Kunjungi Jerayawara OPPO Di Suria KLCC Untuk Mencuba OPPO Find X9 Ultra Dari 13 Mei Hingga 17 Mei

OPPO turut membuka beberapa booth untuk mencuba kebolehan kamera yang ada pada OPPO Find X9 Ultra ini. Terdapat beberapa stesen fotografi yang disediakan untuk pengunjung menguji OPPO Find X9 Ultra seperti stesen miniature, prestasi zum 10x dan pelbagai lagi. Untuk meningkatkan skil fotografi anda, OPPO turut sediakan bengkel fotografi bersama dengan beberapa orang jurugambar professional pada hari Sabtu dan Ahad.

Image from: Kunjungi Jerayawara OPPO Di Suria KLCC Untuk Mencuba OPPO Find X9 Ultra Dari 13 Mei Hingga 17 Mei

Jerayawara OPPO Find X9 Ultra ini akan berlangsung dari 13 Mei sehingga 17 Mei dan sempena jerayawara ini juga, anda boleh dapatkan OPPO Find X9 Ultra dengan rebat RM300 pada harga bermula RM6,499 dan OPPO Find X9s ini dengan harga RM3,599. Kedua-dua peranti ini juga akan hadir dengan pelbagai hadiah percuma yang menarik. Jadi inilah peluang terbaik untuk anda merasai sendiri peranti Ultra terbaru dari OPPO.