Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya

5 May 2026 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya
Kuota haji Malaysia bagi musim ini disahkan ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Gambar hiasan

MAKKAH – Kuota haji Malaysia bagi musim ini disahkan ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi.

Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, pengisian akhir dibuat susulan penangguhan saat akhir oleh sebahagian jemaah atas faktor seperti kematian, kemalangan dan masalah kesihatan, dengan kekosongan diganti segera tertakluk kepada kelulusan sistem Nusuk serta pemeriksaan kesihatan.

Menurut beliau, setiap kekosongan akan segera diisi oleh calon lain dalam senarai menunggu, yang lazimnya perlu memberikan maklum balas dalam tempoh singkat serta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera.

“Lembaga Tabung Haji sememangnya mempunyai susunan tersendiri bagi menentukan keutamaan individu yang dipilih menggantikan tempat yang ditolak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hisham memaklumkan setakat minggu ketiga operasi haji, seramai 15,175 jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci, bersamaan 48 peratus daripada keseluruhan jadual penerbangan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved