
KUALA SELANGOR – Masalah anjing liar di daerah ini masih terkawal dengan merekodkan kurang daripada 100 aduan dalam tempoh dua tahun.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Hanafe Basri berkata, faktor itu kerana jumlah anjing liar yang didapati tidak banyak berbanding daerah lain selain kebanyakan aduan tertumpu di taman perumahan dan bukannya lokasi tumpuan awam di Kuala Selangor.
“Secara puratanya, kita menerima kurang daripada 50 aduan setahun dengan pelaksanaan segera tindakan penangkapan.
“Tahun lalu, jumlah tangkapan anjing liar hanya 30 ekor manakala kurang 20 ekor sehingga Julai lalu dan tiada aduan secara berulang,” katanya ketika ditemui pada Karnival Jom Santai @ Kuala Selangor di Dataran Malawati di sini, hari ini.
Pada program itu, MPKS mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pengedaran 5,555 cucuk sate kerang iaitu terbanyak di negara ini. – KOSMO! ONLINE
The post Kurang 100 aduan anjing liar di Kuala Selangor appeared first on Kosmo Digital.






