Ribut petir dijangka landa enam daerah Selangor hingga 1 tengah hari

LocalEnvironment
8 Aug 2026 • 10:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir dijangka landa enam daerah Selangor hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 8 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam daerah di Selangor sehingga jam 1 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Amaran sama turut melibatkan Kuala Lumpur, selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau serta seluruh Melaka.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan melebihi satu jam.

Jabatan itu menjelaskan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan aktiviti luar serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini yang dikeluarkan MetMalaysia.

Image from: Ribut petir dijangka landa enam daerah Selangor hingga 1 tengah hari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved