
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara tidak diingini.
Namun ada sesetengah pengguna yang mementingkan diri dengan mengabaikan peraturan.
Tindakan sebegini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna lain. Oleh kerana tu, tidak hairanlah jika pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menegur atau mengeluarkan saman kepada golongan sebegini.
Pun begitu, ada pula yang tidak dapat menerima hukuman yang diberikan malah mempersoalkan kerja pihak berkuasa.
Polis Trafik Tegur Lelaki Tak Beri Signal Ketika Masuk Simpang & Nyaris Berlanggar
Baru-baru ini, tular di media sosial video polis trafik menahan seorang pemandu yang membawa kereta jenis kereta Toyota Unser berwarna hitam.
Menerusi rakaman kamera yang dikongsikan di Facebook Friends of PDRM, pada mulanya anggota polis trafik berkenaan menegurnya gara-gara tidak memberi isyarat (signal) untuk masuk simpang.
Malah, polis itu mendakwa dia nyaris melanggar pemandu kereta berkenaan gara-gara tindakannya yang tidak memberi signal.
Namun, kemudiannya dia mendapati pemandu terbabit turut tidak memakai tali pinggang keselamatan.
Perbuatan pemandu terbabit menyebabkan polis trafik berkenaan meminta pemandu itu berhenti ke tepi.
Pemandu Berang Ketika Ditahan, Turut Persoal Polis Tak Tahan Pengguna Lain
Apa yang menjadi perhatian adalah kedengaran pemandu terbabit seolah-olah mempersoal tindakan polis trafik yang menahan dirinya sedangkan dia mendakwa pengguna lain turut tidak memakai tali pinggang.
Namun, polis itu sekali lagi menegaskan dia menahan pemandu itu kerana tindakannya yang tidak memberikan isyarat ketika masuk simpang.
Bukan itu sahaja, kedengaran pemandu berkenaan turut mencabar polis trafik untuk terus mengeluarkan saman kepadanya.
Malah, dia juga turut mengugut mahu membuat laporan kepada pihak atasan atas tindakan anggota polis terbabit.
“Saya tak takut awak, awak mahu saman-samanlah,” kata pemandu terbabit.
Kedengaran polis berkenaan sekali lagi mengingatkan pemandu kereta terbabit tentang pemberian signal ketika masuk simpang.
Namun pada penghujung video, kedengaran lelaki berkenaan sudah dilihat sedikit tenang mungkin kerana respon polis yang bersabar melayan karenahnya.
Walau bagaimanapun, tiada info seperti tarikh dan lokasi kejadian dimaklumkan menerusi perkongsian tersebut.
Ramai Geram Lihat Respon Pemandu Ketika Ditahan Polis
Video yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram melihat respon lelaki terbabit ketika dirinya sedang ditahan polis.
Apatah lagi dia dilihat seolah-olah mencabar dan mempertikaikan tugas polis trafik berkenaan.
Malah, ada segelintir pengguna berpendapat polis trafik itu sepatutnya mengeluarkan lebih banyak saman bagi mengajar pemandu kereta terbabit.
Pada masa yang sama, ada juga yang memuji kesabaran polis trafik dalam menghadapi sikap pemandu sebegitu.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Aku Yang Tengok Pun Rasa Malu, Hormat Tak Tahu, Minta Maaf Tak Tahu, Dah Salah Lagi Nak Tunjuk Samseng”

“Dah Salah Pun Nak Kurang Ajar Eh”

“Padan Muka, Memang Ramai Pandai Bawa Kereta Tapi Tak Pandai Guna Signal”

“Spesis Yang Banyak Cakap Bila Salah Macam Ni La, Dia Akan Pusing Selagi Dapat Pusing”

“Kepada Petugas Trafik, Teruskan Tugas Dengan Penuh Dedikasi & Kesabaran”

Baca Artikel Berkaitan: Berang Khemah PBT Halang Kedai, Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Kaca Bangunan MPTI
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Penunggang Motosikal Pecahkan Almari Kaca Kedai Makan Hanya Kerana Berang Laluan Dihalang [Video]
Source:

![Wanita Kongsi Cara Pelajar Dapatkan Diskaun Tiket Malaysia Airlines, Kena Daftar MHexplorer [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)



