‘Kurusnya, mesti tengah lapar’

10 Oct 2026 • 1:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kurusnya, mesti tengah lapar’

PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau yang didakwa berkeliaran di tepi jalan berhampiran Simpang Bukit Fraser, menghala ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya.

Berdasarkan maklumat yang tular, harimau itu dikatakan dikesan kira-kira satu kilometer dari Simpang Bukit Fraser, di kawasan Trek Gus Gap Chorocco.

Pengguna jalan raya, khususnya pengunjung dan pendaki yang melalui laluan berkenaan, dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mengambil risiko sekiranya terserempak dengan haiwan liar itu.

Bagaimanapun, keadaan fizikal haiwan liar itu yang kelihatan kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.

Malah, rata-rata turut memohon orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak Perhilitan berhubung penemuan haiwan berkenaan.

“Tolong buat laporan kepada Perhilitan, takut pemburuh haram pergi bunuh dia,” kata Rayrymnd.

“Kurusnya dia, mesti tengah lapar,” seloroh Saleena.

“Tolong padam hantaran ini, pergi buat laporan di Perhilitan,” ujar Ayke. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kurusnya, mesti tengah lapar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved