“Lafaz itu sah” – Didakwa Sebutan Akad Sabri Yunus Tak Memenuhi Syarat, Mufti Perlis Beri Penjelasan

Entertainment
16 Oct 2023 • 6:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam viral pelakon veteran, Sabri Yunus telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati, Angeline Tan di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis. Majlis yang sederhana itu telah mendapat perhatian media kerana pasangan mempelai ini adalah pelakon sitkom legend, ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’.

Namun begitu, ada pihak yang mengutarakan pendapat mereka mengatakan pernikahan tersebut tidak sah kerana tidak memenuhi ucapan ijab dan kabul sepatutnya.

image is not available
Facebook dr maza

Walau bagaimanapun Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan lafaz kabul ringkas oleh Sabri Yunus itu adalah sah di sisi Islam.

Menurut Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata pernikahan sepatutnya tidak perlu disulitkan dengan syarat yang ketat asalkan cukup rukun dan adanya ijab kabul.

“Ijab dan kabul bermaksud adanya kita berikan tawaran perkahwinan dan satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan itu. Tidak ada dalam agama ini kata perlu satu nafas”

“Pernikahan bukan satu permainan, lafaz itu telah sah dan mengapa perlu diulang? Mudah-mudahan ini menjadi contoh kepada masyarakat.”

Dr MAZA juga menambah, kebanyakan jurunikah sekarang ini seperti mahu merumitkan perkara yang mudah. Beliau juga berpesan kepada semua jurunikah khususnya di Perlis untuk lebih memudahkan urusan pasangan yang ingin bernikah.

Sumber: Facebook

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.