“Banyak yang dia ajar” – Angeline Tan Dedah Peluk Islam Atas Bimbingan Sabri

Entertainment
16 Oct 2023 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai yang begitu teruja dengan berita pernikahan pelakon veteran dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus dengan Angeline Tan pada Sabtu lalu.

Dua pelakon yang terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Menceritakan bagaimana memeluk Islam, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline mendedahkan Sabri adalah individu bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan membuatkan dia terbuka hati mendekati agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)


Mesikupun mempunyai sedikit pengetahuan tentang agama Islam, namun suaminya banyak mengajar tentang agama itu setiap kali dia mempunyai kemusykilan.

Dia juga diperkenalkan dengan ceramah Mufti Perlis dalam memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam.

“Sebenarnya saya faham serba sedikit tentang agama Islam sebab saya banyak berlakon dan berkawan dengan orang Melayu.

“Saya terbuka hati memeluk Islam juga kerana Sabri banyak mengajar saya mengenali agama ini.

“Apabila berkawan dengannya, banyak dia ajar, cerita dan bimbing. Saya kagum tengok cara dia mengajar, dia guru pertama saya,” katanya.

Sabri seorang lelaki yang ikhlas

Mengulas lanjut, Sabri bukan sahaja penyayang dan prihatin tetapi seorang lelaki yang ikhlas sejak mengenalinya hampir 30 tahun lalu.

“Sebenarnya kita tak rancang (bercinta), tetapi persahabatan yang terjalin sejak dahulu bertukar menjadi sayang… Perasaan itu datang secara semula jadi.

“Jika dia ada di sisi saya, daripada ada perasaan marah terus bertukar tenang sebab adanya dia,” katanya.

Difahamkan, Angelina mengucapkan dua kalimah syahadah pada 26 September lalu di Kelantan.

Tahniah diucapkan… Semoga kedua-dua pasangan ini bahagia hingga ke syurga!

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved