Sara Ali Dedah Proses Sabri Yunus Pikat Hati Angeline Tan - “Masa Itu Dia Lebih Kepada…”

16 Oct 2023 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Berita perkahwinan pasangan selebriti iaitu pelakon dan pengarah Sabri Yunus dengan aktres Angeline Tan pada Sabtu lalu sememangnya membuatkan semua orang turut berasa gembira.

 

Terbaharu, pelakon Sara Ali mendedahkan dia antara saksi yang melihat proses Sabri berusaha memikat hati Angeline dengan penuh kesabaran.

 

“Aku ada proses dia orang bercinta tu, tapi masa tu dia lebih kepada uncle Sabri punya kesabaran dan effort dia untuk tambat hati kak Angeline.

 

“Alhamdulillah, disatukan. Tapi yang paling penting adalah berserah segalaNya pada Tuhan. Tahniah,” kata Sara menerusi laman Instastory miliknya.

 

Terdahulu, Sabri dan Angeline mencuri perhatian apabila memaklumkan mereka telah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.

 

Kongsi Sabri lagi, Angeline telah memeluk Islam secara rasminya pada 26 September lalu.

 

Sabri dan Angeline mula meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.

 

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

 

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved