Lagenda Bola Sepak Usia 72 Tahun Sah Kahwini Gadis 20 Tahun

LocalFootball
7 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Teka-teki mengenai gambar legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif bersama pasangannya akhirnya terjawab selepas adiknya sendiri tampil membuat pengesahan.

Datuk Yunus Alif memaklumkan abangnya yang berusia 72 tahun itu sudah selamat bernikah pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Perkahwinan lagenda bola sepak dengan gadis muda dapat restu keluarga

Image from: Lagenda Bola Sepak Usia 72 Tahun Sah Kahwini Gadis 20 Tahun

Menurut Yunus, tiada sebarang masalah berhubung perkahwinan tersebut memandangkan kedua-dua keluarga sudah memberikan persetujuan.

Alhamdulillah mereka baru saja nikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga bersetuju jadi tak ada masalah. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia.- Katanya.

Pengesahan itu sekali gus menjawab persoalan yang timbul selepas gambar Abdah bersama pasangannya yang difahamkan berusia 20 tahun mula tersebar di media sosial.

Yunus turut berseloroh kemungkinan abangnya sedang menikmati bulan madu sehingga tidak menjawab panggilan.

Mungkin sekarang tengah berbulan madu. Sebab itu tak angkat panggilan. Betul mereka dah nikah, dan kita doakan terbaik buat mereka berdua.- Katanya.

Nama besar Harimau Malaya

Image from: Lagenda Bola Sepak Usia 72 Tahun Sah Kahwini Gadis 20 Tahun

Buat peminat bola sepak lama, Abdah bukanlah nama asing. Beliau antara pemain penting skuad kebangsaan ketika era kegemilangan Harimau Malaya sekitar penghujung 1970-an hingga awal 1980-an.

Abdah juga menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan.

Ketika itu, beliau beraksi bersama beberapa legenda lain termasuk Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh dan Datuk Jamal Nasir Ismail.

The post Lagenda Bola Sepak Usia 72 Tahun Sah Kahwini Gadis 20 Tahun appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved