
PETALING JAYA – Legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif, sah menamatkan zaman bujang selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 27 Ogos lalu.
Perkara itu disahkan rakan beliau yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi satu hantaran di Facebook.
“Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada sahabat saya, Dato’ Abdah yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya.
“Moga Allah SWT mengurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah pada rumah tangga yang dibina,” katanya.
Terdahulu, tular sekeping gambar memaparkan Abdah, 72, bersama seorang wanita didakwa berusia 20 tahun yang dipercayai pasangannya, dengan kedua-duanya kelihatan mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.
Berita pernikahan itu kemudian mendapat perhatian netizen yang turut menitipkan ucapan tahniah kepada legenda bola sepak berkenaan.- KOSMO! ONLINE
The post Legenda bola sepak kahwin anak dara, ramai ucap tahniah appeared first on Kosmo Digital.






