Pelakon Safwan Nazri meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dirinya mengalami kerugian sebanyak RM400,000 akibat diperdaya seorang kontraktor rumah yang juga merupakan rakannya sendiri.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Safwan, 32, mendakwa dia sudah membuat bayaran penuh untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya, namun projek tersebut terbengkalai sebelum kontraktor berkenaan didakwa menghilangkan diri.

“Ada orang ini menipu saya. Yang lagi biadab apabila dia ialah kawan saya sendiri yang ‘scam’. Duit saya habis sebanyak RM400,000 dekat dia. Duit sudah bayar penuh, tetapi rumah pula tergendala.”
Menurut Safwan, kerja pengubahsuaian itu hanya melibatkan penambahan ruang di bahagian belakang rumah serta sebuah bilik kecil. Bagaimanapun, projek tersebut didakwa berlarutan sehingga dua tahun tanpa penyelesaian.

Lebih mengecewakan, Safwan berkata dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM200,000 untuk melantik kontraktor baharu bagi membaik pulih semula rumah berkenaan.
“Saya hanya minta dia buat penambahan di bahagian belakang dan satu bilik kecil. Tetapi ambil masa selama dua tahun. Sampaikan saya kena ambil kontraktor baharu dan keluarkan lagi RM200,000 untuk buat semula. Banyak yang kena tukar sebab hasil kerjanya cincai.”
Dalam pada itu, Safwan memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) kepada syarikat kontraktor terbabit bagi menuntut ganti rugi.
View this post on Instagram
Namun menurutnya, usaha tersebut masih belum membuahkan hasil apabila individu berkenaan didakwa tidak memberikan sebarang maklum balas dan dipercayai mengelak daripada menerima surat tuntutan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Tak Payah Beriya Sangat Nak Tunjuk Bapa Mithali Tu" - Abby Abadi Respon Hantaran Norman Hakim, Anggap Tiada 'Common Sense'
The post “Lagi Biadab Dia Tu Kawan Saya Sendiri” – Pelakon Safwan Nazri Dakwa Ditipu Kontraktor, Alami Kerugian RM400K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





