Lagi Kes Buli Di Sekolah, Kaki & Tangan Pelajar Perempuan Diikat Guna Tali Leher

Entertainment
20 Jul 2025 • 10:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah masih menunjukkan trend yang membimbangkan.

Terkini, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun didakwa telah dibuli di sekolah dengan cara tangan dan kakinya diikat.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar perempuan Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah itu telah diperlakukan sedemikian oleh dua orang pelajar lain dan kejadian itu dipercayai berlaku pada Isnin lalu di tandas sekolah mereka.

Selain kaki dan tangan diikat, sapu tangan turut digunakan untuk menutup mulut mangsa.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa yang pelik apabila anaknya tidak keluar dari kawasan sekolah ketika wanita itu menunggu untuk menjemput anaknya pulang meskipun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang iaitu waktu persekolahan sudah tamat.

Ibu mangsa kemudiannya masuk ke kawasan sekolah bersama pengawal keselamatan untuk mencari mangsa dan wanita itu terkejut apabila melihat anaknya yang diikat kaki dan tangan berada di dalam tandas sekolah.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera ringan pada kaki dan terus dibawa ke hospital oleh ibu mangsa untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, remaja perempuan 13 tahun itu juga dilaporkan mengalami trauma akibat kejadian terbabit.

Oleh itu, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan susulan itu, dua orang pelajar sekolah yang juga berusia 13 tahun telah ditahan oleh polis.

Siasatan polis mendapati cemburu menjadi punca kedua-dua pelajar yang membuli itu melakukan perbuatan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.