Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut, rempuh pacuan empat roda berhenti bantu rakan konvoi

31 Jul 2026 • 3:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut, rempuh pacuan empat roda berhenti bantu rakan konvoi
Keadaan motosikal milik mangsa susulan rempuh selepas merempuh sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan. Foto: Polis Maran.
Image from: Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut, rempuh pacuan empat roda berhenti bantu rakan konvoi
Lokasi kejadian kemalangan di LPT1 yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke perhimpunan RXZ Members 8.0. Foto: Polis Maran.

MARAN – Seorang lagi peserta Perhimpunan RXZ Members 8.0 maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan untuk membantu rakan konvoi yang mengalami kerosakan motosikal di Kilometer 147.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, mangsa, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Tak sempat sampai, dua motosikal terbakar dalam perjalanan ke program RXZ Members

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Terengganu untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah Mitsubishi Triton yang turut dalam perjalanan ke perhimpunan berkenaan sedang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal.

**media[3601117]**

"Secara tiba-tiba motosikal Yamaha yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut sebelum terbabas dan mangsa terjatuh di sebelah kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Muhaimin Omar di talian 017-9436741 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved