LaLaport BBCC Tawar Pelbagai Tarikan Baharu, Lancar Mitsui Outlet Park Pertama Di Tengah KL

LocalSales & Promo
1 Aug 2025 • 1:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pusat beli-belah terkenal, Mitsui Shopping Park, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC)?

Manakan tidak, sejak awal pembinaannya lagi, ia sudah menjadi buah mulut orang ramai dek kerana tapak yang dibina di atas bekas Penjara Pudu.

Menariknya, pusat beli belah yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur ini masih mengekalkan pintu masuk bangunan tersebut yang menjadi tarikan pengunjung.

LaLaport BBCC Lancar Mitsui Outlet Pertama Di Tengah Kuala Lumpur

Terbaharu, LaLaport BBCC tampil memperkenalkan wajah baharu landskap pusat beli-belah menerusi penyegaran semula dengan menggabungkan keunikan budaya Jepun dan daya tarikan urban.

Antara ‘pembaharuan’ yang bakal menjadi tarikan utama adalah pelancaran Mitsui Outlet Park Bukit Bintang City Centre (Mitsui Outlet Park BBCC) yang bakal menjadikan ia pusat beli-belah konsep outlet pertama di tengah bandar Kuala Lumpur pada hari ini (1 Ogos).

image is not available

Terletak di aras 3, outlet ini bakal menghimpunkan lebih 30 jenama terkenal yang terdiri dari sukan, gaya hidup dan fesyen khusus buat pengunjung dengan tawaran harga istimewa yang menjimatkan sama seperti Mitsui Outlet Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Antara jenama yang terlibat adalah

  • Adidas
  • Skechers
  • SaSa
  • GEOX
  • Elle
  • Akemi Outlet
  • Puma
  • Original Classic
  • Under Armour
  • Tuff
  • Superdry
  • Carlo Rino
  • Kappa
  • Kickers
  • Lee
  • Li-Ning
  • Brooks
  • Sun Paradise
  • Objet
  • Sportsclick Outlet

Ketika kami hadir ke majlis pelancaran, masih ada beberapa butik yang sedang dalam persiapan untuk dibuka.

image is not available

Satu yang pasti, kini korang tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur atau mengembara jauh semata-mata untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga berpatutan kerana semuanya ada di LaLaport BBCC.

Buat pembeli yang bijak, pasti korang tahu Mitsui Outlet Park tidak hanya menempatkan butik-butik mewah tetapi ia adalah factory outlet store yang sememangnya menawarkan barang berkualiti tinggi pada harga diskaun.

image is not available

Jenama Terkenal & Eksklusif Di Jepun Turut Buat Kemunculan Pertama Di LaLaport BBCC

Bukan itu sahaja, beberapa jenama terkenal dan eksklusif dari Jepun juga turut membuat kemunculan pertama di LaLaport BBCC.

Dari kasut buatan premium, pakaian sehinggalah ke dekorasi kediaman, semuanya ada di bawah satu bumbung.

Antara jenama dari negara matahari terbit yang membuat penampilan sulung di Malaysia adalah:

  • GLOBAL WORK yang menawarkan pilihan gaya hidup moden.

image is not available

  • REGAL – kasut premium hasil buatan tangan.

image is not available

  • earth music & ecology tawar sentuhan fesyen feminin dan semulajadi.

image is not available

  • OverPrint yang mengetengahkan seni grafik Jepun menerusi fesyen jalanan.

image is not available

  • 3 Coins kedai gaya hidup dan kelengkapan rumah yang akan dibuka pada pertengahan Ogos.

image is not available

Kesemua jenama ini bakal menyertai jenama eksklusif lain yang telah dibuka dan hanya terdapat di LaLaport seperti 9090, comcoca dan WEGO.

image is not available

LaLaport BBCC Bakal Jadi Hub Pengangkutan, Tawar Perkhidmatan Bas Ke Singapura & Hatyai

Melalui pembaharuan ini juga, LaLaport BBCC bakal menjadi Hub Pengangkutan secara berperingkat untuk kemudahan pengunjung.

Kini, korang boleh pergi ke Singapura atau Hatyai, Thailand hanya dengan menaiki bas dari pusat beli belah ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, terdapat perkhidmatan shuttle van yang boleh membawa korang ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 dan 2 (KLIA 1 & 2) serta Lapangan Terbang Subang mengikut waktu yang ditetapkan.

image is not available

Budaya Arked Jepun Pun Ada Di LalaPort BBCC

Bukan hanya sekadar port untuk membeli-belah, LaLaPort BBCC turut membuat pembaharuan yang pastinya menggembirakan peminat permainan atau anime dari Jepun.

Salah satu tarikan terbaharu adalah pembukaan Molly Fantasy yang unik dan berbeza dengan arked lain.

image is not available

Manakan tidak, arked ini menawarkan Pokemon Mezastra Stadium terbesar di Malaysia yang membolehkan pengunjung bertarung antara satu sama lain.

image is not available

Malah, ia menjadi lokasi pertama Dojo Taiko no Tatsujin yang diiktiraf secara rasmi di Asia Tenggara! Menarikkan?

image is not available

Bukan itu sahaja, LaLaport BBCC akan membuka ACG Base yang bakal menjadi tumpuan buat peminat anime, komik dan permainan (ACG) secara berperingkat di sebahagian tingkat 2 pusat beli belah berkenaan.

Ia akan menjadi destinasi utama dengan pelbagai konsep premis bertema IP akan diperkenalkan antaranya seperti

  • Doko Koko Goods
  • Doko Koko Pick Up
  • K+ by Kadokawa Gempak Starz
  • Dimension Pop Town
  • NOT ONLY TOY
  • Q POCKET
  • The Pink Room
  • Xumi Goods

image is not available

Pelbagai Aktiviti & Diskaun Menarik Menanti Pengunjung

Sudah pastinya pelbagai aktiviti dan diskaun menarik menanti pengunjung sempena pembaharuan yang dilakukan oleh LaLaport BBCC pada kali ini.

Selain tawaran dan promosi istimewa di Mitsui Outlet Park BBCC dan kedai baharu dibuka, pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah sehingga RM70,000.

Bukan itu sahaja, korang juga bakal menerima baucar beli-belah dan membawa pulang barangan edisi terhad.

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut mengenai promosi atau aktiviti menarik di LaLaport BBCC, korang boleh layari laman web rasmi, Facebook atau Instagram.