“Terima Kasih Allah Atas Pinjaman” – 11 Tahun Penantian, Lelaki Reda 2 Bayi Kembar Meninggal Dunia [Video]

Family & Parenting
29 Jul 2025 • 10:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga.

Namun, tidak semua bernasib baik dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa yang singkat.

Ada yang terpaksa berusaha keras dan menanti bagi tempoh masa yang lama sebelum kehadiran si cilik.

Malah lebih menyedihkan, ada yang hanya diberikan kebahagiaan sementara sebelum diuji dengan kehilangan anak tersayang.

Lelaki Kongsi Detik Proses Pengebumian Anak Tersayang

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki berkongsikan proses pengebumian anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @tuan_amin, kelihatan lelaki berkenaan memegang kain batik yang dipercayai mempunyai jenazah anaknya menuju masuk ke sebuah masjid.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia tidak henti mengucup kain batik berkenaan berulang kali.

Dia kemudiannya dilihat membawa kain batik tersebut ke sebuah tanah perkuburan sebelum mengebumikannya.

Kehilangan 2 Orang Puteri Kembar Selepas 11 Tahun Penantian

Kongsi lelaki berkenaan di ruang kapsyen, detik penuh emosi itu merupakan proses pengebumian dua puteri kembarnya.

“Alhamdulillah. Dua puteri kembarku kembali ke rahmatullah. Terima kasih Allah atas pinjaman buat diriku dan isteriku yang terindah ini.

“Moga berjumpa di syurga nanti anak-anak,” tulisnya lagi.

Apa yang menyentuh hati adalah rupanya kedua-dua cahaya mata itu merupakan hasil penantian dia bersama isteri selama 11 tahun.

“Baby kembar ini adalah harapan kami selepas 11 tahun penantian. Namun, Allah lebih menyayangi mereka. Doakan kami dan semua ibu bapa TTC (Trying To Conceive),” tulisnya di ruangan komen.

image is not available

Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai punca dan bila kedua-dua anaknya itu meninggal dunia.

@tuan_amin Alhamdulillah. 2 puteri kembarku kembali ke rahmatullah. Terima kasih Allah atas pinjaman buat diriku dan isteriku yang terindah ini. Moga berjumpa di Syurga nanti anak anak #ttc #Wildan #anaksyurga #fyp ♬ original sound – Tuan Amin

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Simpati, Titip Doa & Nasihat Untuk Kuat

Perkongsian yang telah mendapat lebih 68,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah kepada lelaki serta isterinya atas kehilangan cahaya mata tersayang.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sama kehilangan anak tercinta.

Apa Itu TTC?

Untuk info, TTC merujuk kepada singkatan Trying To Conceive iaitu sedang mencuba untuk hamil.

Istilah ini sering digunakan oleh pasangan suami isteri yang sedang merancang kehamilan atau mendapatkan anak sama ada secara semulajadi atau dengan bantuan perubatan.

Memetik laman The Asian Parent, proses TTC boleh menjadi amat mencabar khususnya dari sudut emosi lebih-lebih lagi buat kaum Hawa.

Antara cabaran emosi yang biasa dialami adalah;

  • Ketika waktu datang haid setiap bulan (bermakna tidak hamil)
  • Perasaan rendah diri dan merasakan diri tidak cukup sempurna
  • Tekanan daripada keluarga dan masyarakat
  • Kecewa melihat rakan atau saudara-mara yang mudah hamil.

Jadi, suami khususnya memainkan peranan peniting dalam mengawal emosi isteri dan menjadi penyokong utama dalam proses ini.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Salam Takziah Tuan, Saya Doakan Tuan & Isteri Dikurniakan Baby Pelangi Nanti, Insya-Allah”

image is not available

“Allahuakbar, Takziah Ye. Saya Dah Lalui 8 Tahun Lepas Bila Anak Meninggal Dalam Kandungan 7 Bulan”

image is not available

“Saya Gugur Baby Usia 7 Minggu Pun Dah Sedih Sangat. Kuatkan Kami Semua”

image is not available

“Salam Takziah, Semoga Ada Rezeki Yang Lebih Baik & Dapat Menggembirakan Tuan Selepas Ini”

image is not available

“Sayang Pun Tahun Lepas Gugur Baby Kembar, Perempuan. Baru 22 Minggu”

image is not available

Source: