
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Pun begitu, tidak semua bernasib baik dikurniakan rezeki mendapat anak. Ada yang mudah namun ada juga yang terpaksa menunggu bertahun lamanya sebelum bergelar ibu dan bapa.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai usaha yang telah dibuat termasuklah berkorban masa dan wang ringgit.
Buat para wanita yang sedang ikhtiar untuk hamil, mungkin korang boleh cuba cara semulajadi untuk meningkatkan kualiti sekaligus mematangkan telur (ovum) hanya melalui pemakanan.
Bilangan Telur Wanita Makin Kurang Seiring Peningkatan Usia
Memetik laman Hello Doktor, kaum Hawa dilahirkan dengan jumlah telur (ovum) namun bilangannya akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.
Bayangkan, janin perempuan yang berusia 20 minggu dalam kandungan sudah mempunyai 7 juta telur manakala seorang gadis yang telah mencapai usia akil baligh pula mempunyai sekitar 300,000 hingga 400,000 telur.
Namun, kualiti baki telur yang ada akan menurun sekaligus boleh meningkatkan risiko masalah kesuburan dan berdepan keguguran.
Makanan Utama Yang Boleh Tingkatkan Kualiti Telur
Walaupun tidak boleh menambah bilangan telur sedia ada namun korang boleh meningkatkan kualitinya hanya melalui pemakanan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh doktor dan usahawan terkenal, Dr Raihana Ismail di TikTok @dr.raihana.ismail, terdapat empat makanan utama yang membantu mematangkan telur dengan cantik.
Empat makanan tersebut adalah:
#1 Yogurt
Jelas Dr Raihana atau mesra disapa dengan Dr Rai, yogurt merupakan makanan berasaskan probiotik untuk usus.
Usus pula merupakan ‘pintu utama’ sebarang mineral dan vitamin baik untuk tubuh.
“Kadang-kadang kita dah makan bagus, dah makan sayur dan buah banyak tapi kenapa zat kita tidak serap dengan cantik? Kerana usus kita tidak cantik.
“First thing first, cuba amalkan jadi rutin harian, amalkan yogurt asli seperti plain greek atau apa-apa yogurt yang tiada gula tambahan.
“Yang mana ada kultur hidup dalam yogurt tersebut, probiotik lactobacillus ataupun boleh amalkan kimchi,” katanya.
Dr Rai turut menerangkan fungsi probiotik yang membekalkan bakteria baik dalam tubuh manusia yang boleh melancarkan pergerakan usus menjadi lebih sihat.
“Bila usus banyak bakteria baik, automatik peristalsis usus kita dapat bergerak dengan cantik, jadi kadar toksin mudah nak disingkirkan,” katanya.

#2 Kurma Kering
Kongsi Dr Rai, makanan kedua yang dapat meningkatkan kualiti telur adalah kurma kering.
“Kurma kering tak kisah apa-apa kurma, dia ada fruktooligoscaaharide yang merupakan probiotik untuk usus yang boleh membuatkan bakteria baik dapat hidup dengan gembira,” katanya.
Malah, dia menjelaskan segenggam kurma bersamaan dengan 5mg asid folik yang sememangnya baik buat mereka yang mahu ikhtiar hamil.
Jadi, tidak kira suami atau isteri boleh sahaja untuk mengamalkan pengambilan kurma dengan kadar tersebut.
Dr Rai juga menjelaskan kurma mempunyai low glycemis index yang tidak akan menyebabkan peningkatan paras gula dalam badan.
“Jangan risau, gula kita tidak akan naik. Untuk orang kencing manis, boleh ambil tetapi mungkin berpada-pada,” katanya.

#3 Makanan Bersumber Omega 3 Seperti Telur & Ikan Segar
Jelas Dr Rai lagi, sel telur wanita semakin berubah kualitinya dan menjadi kurang kenyal lebih-lebih lagi buat mereka yang telah melahirkan anak sebelum itu.
“Telur wanita, lapisan luar zona pellucida perlu kenyal. Semakin menginjak usia, sel kita kurang berkualiti dan kurang kenyal.
“Tips ini sangat berguna buat anda yang mungkin pernah hamil pertama kali. Dulu senang lekat, bunting pelamin tetapi lepas nak ikhtiar anak seterusnya tu, dia terjarak, 4 tahun 8 tahun,” katanya.
Bagi meningkatkan kualiti, Dr Rai menyarankan individu mengambil makanan yang mengandungi sumber omega 3 seperti ikan segar dan telur ayam kampung.
“Telur itu nak amalkan dua biji sehari pun boleh, nak rebus, nak separuh masak pun okay, dalam telur ada Choline.
“Choline pun bagus untuk beri sokongan perkembangan otak anak apabila sudah mengandung,” katanya.

#4 Amalkan Pemakanan Zink & Selenium
Selain itu, Dr Rai turut menyarankan pengambilan makanan yang tinggi zink dan selenium seperti sayur hijau segar yang bukan sahaja baik untuk wanita tetapi lelaki juga bagi meningkatkan kualiti sperma.
“Bayam, kale, lada benggala (capsicum), cili merah besar tu. Selenium dan zink ini juga banyak terdapat dalam kekacang tetapi kalau boleh, jangan kacang yang dah dipanggang.
“Kacang yang dah dipanggang ada banyak transfat, kacang mentah yang terbaik kecuali kacang tanah.
“Kacang tanah dia ada aflatoxin iaitu toksin untuk usus kita. Sebab tu ada orang sensitif, makan kacang tanah sikit, naik jerawat sebab usus dia tak cantik,” jelasnya lagi.

[Bonus] Buah-Buahan Seperti Beri
Ini pula makanan bonus kami kongsikan untuk korang jika ada wanita yang mahu meningkatkan kualiti telur.
Selain daripada makanan di atas, korang juga boleh mengambil buah dari kumpulan beri seperti raspberi, strawberi, kranberi dan beri biru.
Memetik laman Hello Doktor, buah dari kumpulan ini mampu meningkatkan kesuburan wanita kerana mengandungi vitamin C, folat (asid folik) dan antioksidan yang boleh melindungi telur dari radikal bebas serta memastikan ia kuat serta sihat.

Jadi mulai hari ini, buat pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil khususnya wanita, korang boleh mengambil makanan yang disenaraikan di atas.
@dr.raihana.ismail 4 Makanan Utama untuk Matangkan Telur dengan Baik.
♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty
Tonton video penuh [DI SINI]
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Bom Tersembunyi” – Doktor Jelas Fakta & Kesan Beri Tiramisu Kepada Anak Kecil [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Suntikan Epidural Bukan Cheat Code! Doktor Ini Jelas Kepentingannya Untuk Ibu Bersalin [Video]
Source:





