Laluan Batang Kali terganggu, tren lewat lebih 40 minit

11 Nov 2026 • 11:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laluan Batang Kali terganggu, tren lewat lebih 40 minit

PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) dijangka berdepan kelewatan perjalanan melebihi 40 minit susulan sebuah tren kargo yang mengalami kegagalan di laluan Batang Kali, hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan tersebut menyebabkan perkhidmatan tren di laluan berkenaan terpaksa menggunakan satu landasan bagi meneruskan operasi.

Menurutnya, keadaan itu dijangka menjejaskan jadual perjalanan asal kedua-dua perkhidmatan berkenaan sehingga kerja-kerja pemulihan selesai dilaksanakan.

“Berikutan tren KTM Kargo yang gagal di laluan Batang Kali, perkhidmatan tren laluan ini dijangka mengalami kelewatan melebihi 40 minit daripada jadual asal disebabkan penggunaan satu landasan.
Kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan tersebut.

“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Perkembangan terkini operasi tren akan kami maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Laluan Batang Kali terganggu, tren lewat lebih 40 minit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved