Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup berikutan runtuhan

18 Nov 2025 • 7:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya berikutan runtuhan tanah. Foto JKR Gua Musang

GUA MUSANG - Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak Isnin sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dan FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap-Bertam-Meranto,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved