“Lama-Lama Rasa Bosan. Nabi Cakap Betul, Manusia Tidak Akan Puas” – Syamsul Yusof

Entertainment
9 Mar 2023 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum reda dengan berita pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof enggan melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu, muncul pula hal lain yang berkaitan dengan jejaka terbabit.

Kembali tular satu video memaparkan pelakon terbabit menjawab persoalan adakah seronok bergelar sebagai seorang jutawan.

Di dalam video tersebut, Syamsul memberitahu bahawa kekayaan dan kemewahan yang dimiliki tidak seindah seperti disangka ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Lama-lama rasa bosan, sebab itulah yang selalu terjadi. Nabi cakap betul lah, manusia memang tidak akan puas.

Dalam pada masa yang sama, aktor tersebut berkata pengakhiran seseorang manusia adalah lebih penting dari segala benda.

Sekadar info, masalah rumah tangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah mula menjadi bualan ramai setelah aktor itu dikhabarkan berlaku curang dan berkahwin dengan wanita lain bernama Ira Kazar.

image is not available 18 jam lalu

"Ira Cakap Sol Memang Nak Cerai..." - 'Kawan' Ira Kazar Dakwa Syamsul Takut Puteri Sarah Tuntut Harta Sepencarian?