RTM ‘Bersuara’ Isu Ammar Nazhan -“Kami Bukan Individu Yang Mempunyai Autoriti”

3 Jul 2026 • 8:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan pihak RTM sebagai penyiar rasmi kejohanan itu.

Sebelum ini, Ammar mengakui kesilapannya selepas akaun TikTok miliknya digantung selama tujuh hari kerana melakukan siaran langsung.

Walau bagaimanapun, dia sekali lagi menjadi bualan netizen apabila didakwa meneruskan sesi siaran langsung menggunakan akaun lain.

Image from: RTM ‘Bersuara’ Isu Ammar Nazhan -“Kami Bukan Individu Yang Mempunyai Autoriti”

 

Susulan perkara itu, ramai pengguna media sosial mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pempengaruh berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Threads, RTM akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut RTM, pihaknya telah mengambil maklum mengenai perkara itu sejak awal, namun menjelaskan mereka tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk mengulas mahupun mengambil tindakan terhadap isu berkenaan.

“Pasal perkara tu kami dah ambil maklum awal lagi. Kami bukan individu yang mempunyai autoriti dan berhak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini. Harap maklum,” ujarnya.

Image from: RTM ‘Bersuara’ Isu Ammar Nazhan -“Kami Bukan Individu Yang Mempunyai Autoriti”

Sebelum ini, Ammar memaklumkan beliau akan kembali menghasilkan kandungan seperti biasa selepas tamat tempoh penggantungan selama tujuh hari yang menyebabkan beliau tidak dapat melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Sumber: Thread rtm_malaysia

The post RTM ‘Bersuara’ Isu Ammar Nazhan -“Kami Bukan Individu Yang Mempunyai Autoriti” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved