Bonus Lumayan Kakitangan Samsung Semicondutor Buat Kakitangan Lain Iri Hati

Business & Finance
25 May 2026 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan sekerja Samsung membatalkan mogok 18 hari di saat akhir selepas syarikat bersetuju dengan beberapa permintaan seperti peningkatan bonus tanpa had yang dikenakan sebelum ini. Berdasarkan laporan media Korea, sebanyak 40% bayaran bonus Samsung Electronics akan diberikan kepada kakitangan Samsung Semiconductor. Secara purata kakitangan perniagaan menghasilkan memori ini menerima bonus sekitar RM1.3 juta seorang.

Samsung Logo

Tetapi dalam kegembiraan bonus lumayan yang diterima kakitangan Samsung Semicondutor, kakitangan perniagaan Samsung yang lain pula merasa iri hati. Menurut laporan Bloomberg, kakitangan bukan daripada perniagaan semikonduktor hanya menerima bonus KRW 6 juta (~RM 16,000) seorang yang jauh lebih rendah.

Kakitangan perniagaan lain juga merungut majoriti ahli kesatuan sekerja adalah kakitangan semikonduktor. Maka sebarang rundingan untuk semua dilihat tidak seharusnya dilakukan untuk kebaikan perniagaan semikonduktor sahaja. Walaupun mogok telah ditangguh, ia masih bergantung kepada undi ahli kesatuan untuk menerima tawaran syarikat ataupun tidak. Undian akan dilakukan sehingga 27 Mei dengan 80% ahli sudah membuang undi mereka sehingga hujung minggu lalu.

Perniagaan DX yang merangkumi telefon pintar, barangan rumah, kelengkapan kesihatan dan kelengkapan rangkaian dijangka mengalami kerugian tahun ini kerana impak harga memori yang meningkat. Ironi di sini ialah keuntungan perniagaan semikonduktor menyebabkan perniagaan lain menanggung kerugian. Dengan permintaan memori dijangka hanya stabil pada tahun 2028, harga peranti pintar akan terus meningkat.