Laman Pendaftaran Minat Untuk Monitor Samsung Odyssey OLED G9 Dibuka

TechnologyDigital
27 Jun 2023 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Malaysua membuka laman pendaftaran minat kepada orang ramai yang ingin membeli monitor Samsung Odyssey OLED G9 yang akan dilancarkan kelak. Orang ramai yang mendaftarkan minat sejak semalam hingga 9 Julai ini akan menerima baucar elektronik bernilai RM300 untuk membeli monitor ini kelak. Harga jualannya di Malaysia pada waktu ini masih lagi tidak diketahui.

image is not available

Samsung Odyssey OLED G9 dilengkapi skrin 49-inci QHD dengan nisbah 32:9 dan lengkungan 1800R. Panel adalah dari keluarga quantum dot OLED dengan kadar segar semula mencecah 240Hz. Walaupun ia sebuah monitor gaming, ia turut merangkap monitor pintar dengan sistem operasi Tizen OS.

Oleh itu aplikasi Netflix, YouTube dan Prime Video boleh dimuat turun dan digunakan tanpa OLED G9 disambungkan kepada sebuah PC. Ia turut hadir dengan Samsung Gaming Hub yang membolehkan perkhidmatan penstriman video Xbox dan NVIDIA GeForce Now diakses secara terus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved