Laman web Kementerian Kesihatan digodam, orang ramai diminta elak akses

LocalTechnology
27 Jun 2026 • 9:52 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Laman web Kementerian Kesihatan digodam, orang ramai diminta elak akses

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan laman sesawang rasminya www.moh.gov.my. telah digodam dan tindakan segera sedang diambil.

Dalam kenyataannya, KKM turut meminta orang ramai untuk mengelak daripada mengakses laman sesawang berkenaan buat masa ini.

“Jangan klik sebarang pautan mencurigakan atau muat turun fail daripada laman tersebut.

“Maklumat kesihatan rasmi akan dikongsi melalui saluran rasmi KKM yang lain seperti platform media sosial,’’ katanya.

KKM turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan seterusnya secepat mungkin dengan kKeselamatan data dan penyampaian perkhidmatan awam adalah keutamaannya.

Dalam pada itu, carian yang dibuat menerusi Google mendapati terdapat laman web berkenaan memaparkan tajuk "HACKED BY MUSHR00W", diikuti mesej,”We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us."

Laman web tersebut juga kini tidak boleh diakses. - 27 Jun, 2026

The post Laman web Kementerian Kesihatan digodam, orang ramai diminta elak akses appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved