Suami Tampar Isteri Dalam ‘Live’ Telah Ditahan Polis

LocalPolitics
2 Feb 2025 • 9:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular kejadian seorang wanita telah ditampar oleh suaminya ketika berada di tempat umum iaitu di sebuah pusat beli belah di Kota Warisan.

Tindakan lelaki tersebut telah sempat dirakam oleh seorang individu yang kebetulan ketika itu sedang membuat siaran live di platform media sosial.

Selepas beberapa hari tindakan lelaki itu tular, lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditahan oleh polis pagi semalam, lapor Sinar Harian.

image is not available

Difahamkan, suspek yang berada dalam usia 50-an itu dihadapan sebuah klinik di Kota Warisan.

Selepas berlakunya kejadian ditampar di pusat beli belah itu, mangsa dan anaknya kemudiannya telah dibawa tidur di Nilai sebelum mereka dihantar pulang.

Namun, suspek iaitu suami mangsa tidak pulang selepas keluar semula dari rumah kerana dia dipercayai takut jika ditangkap oleh polis.

Suspek akan ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman pada hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.