Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi
Pengamal media tetap berada di hadapan laluan masuk ke kediaman berkenaan meskipun berdepan cuaca panas terik.
Image from: Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi
Jalan utama menuju ke kediaman Najib dikawal anggota polis.
Image from: Langgak Duta: Media setia menanti, berpanas sejak 9 pagi
Pengamal media mula berada di lokasi sejak jam 9 pagi bagi mengikuti perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah.

KUALA LUMPUR - Pengamal media yang berkumpul di hadapan laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini, terus menunggu perkembangan terbaharu sehingga jam 3 petang pada Rabu.

Mereka mula berada di lokasi sejak jam 9 pagi bagi mengikuti perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dilaporkan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.

**media[3706803]**

Pengamal media tetap berada di hadapan laluan masuk ke kediaman berkenaan meskipun berdepan cuaca panas terik.

Terdahulu, jalan utama menuju ke kediaman Najib dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pengamal media hanya dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa, iaitu di belakang garisan kuning.

**media[3706805]**

Najib tiba di kediamannya itu kira-kira jam 9.27 malam Selasa selepas dibawa dari Penjara Kajang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi kenderaan pengiring Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved