Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 10:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib
Anggota polis ditempatkan di laluan utama menuju ke kediaman berkenaan bagi mengawal pergerakan di kawasan itu.
Image from: Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib
Pengamal media yang membuat liputan perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah hanya dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa iaitu di belakang garisan kuning.
Image from: Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib
Jalan utama menuju ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini dikawal anggota bertugas.

KUALA LUMPUR - Jalan utama menuju ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi sehingga jam 10 pagi mendapati, anggota polis ditempatkan di laluan utama menuju ke kediaman berkenaan bagi mengawal pergerakan di kawasan itu.

Pada masa sama, pengamal media yang membuat liputan perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah hanya dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa, iaitu di belakang garisan kuning.

Keadaan itu menyebabkan pergerakan petugas media untuk mendapatkan perkembangan lebih dekat mengenai situasi di kediaman berkenaan tertakluk kepada kawasan yang dibenarkan.

**media[3706417]**

Kepulangan Najib ke kediaman itu pada malam Selasa mencuri perhatian selepas beliau tiba kira-kira jam 9.27 malam bagi menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah.

Beliau dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dari Penjara Kajang dengan diiringi kenderaan pengiring Jabatan Penjara Malaysia.

Ketibaan beliau menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa yang memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes berkenaan secara tahanan rumah di kediamannya itu, berkuat kuasa serta-merta.

**media[3706418]**

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah tahanan rumah.

Berdasarkan perintah berkenaan, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di kediamannya sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pengampunan bersyarat yang ditetapkan.

Sebelum ini, Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved