“Seperti perlu cubit diri sendiri” – Rosmah Bersyukur, Sahkan Najib Selamat Tiba Di Kediaman Mereka

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 9:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

rosmah syukur najib pulang ft

Selepas sekian lama menanti, Datuk Seri Najib Razak akhirnya dibenarkan pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur malam tadi bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahahan di rumah.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa syukur dan pada masa sama mengakui masih tidak percaya bahawa suaminya sudah kembali ke pangkuan keluarga.

“Alhamdulillah… terima kasih. Saya masih rasa seperti perlu mencubit diri sendiri (masih tidak percaya),” katanya.

Rosmah turut mengesahkan Najib sudah selamat tiba di kediaman mereka. Menurut laporan, Najib tiba di kediamannya sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki sebuah SUV Proton X70 berwarna perak.

Artikel berkaitan: Rosmah Terharu Sumbangan Tabung Solidariti Najib, Dedah Terima Derma Dari Brunei, Itali & Kanada

A post shared by yananajib (@yananajib)

Ketibaan beliau turut diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perjalanan pulang berjalan lancar.

Kepulangan itu turut menarik perhatian puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang sudah berkumpul di sekitar kediaman berkenaan sejak jam 9 pagi bagi menantikan perkembangan tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib pulang ke kediamannya susulan arahan baharu yang dikeluarkan pihak mahkamah pada petang Selasa.

Sebelum itu, Najib dilaporkan meninggalkan Mahkamah Tinggi sekitar jam 5.24 petang selepas mengikuti prosiding berhubung permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula dan meneliti perintah pelepasan yang dikeluarkan terhadapnya.

Dalam sidang media di mahkamah, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib perlu dibawa semula ke Penjara Kajang bagi membolehkan beberapa syarat berkaitan tahanan rumah dibacakan serta diterangkan kepadanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved