Langgar perintah gaji minimum RM1,700, 46 kes didakwa

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 1:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Langgar perintah gaji minimum RM1,700, 46 kes didakwa

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Sebanyak 128 kertas siasatan dibuka berhubung pelanggaran Perintah Gaji Minimum 2024, dengan 46 kes dibawa ke mahkamah yang membabitkan denda berjumlah RM56,900.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara majikan didakwa ialah sebuah syarikat dalam sektor pembuatan dikenakan denda RM8,000 dan syarikat sektor perkhidmatan yang didenda RM24,000 kerana membayar gaji di bawah kadar minimum ditetapkan.

Beliau berkata sejak 1 Feb 2025 hingga 31 Ogos lepas, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) turut memeriksa 28,259 premis, dengan 204 majikan didapati gagal mematuhi perintah berkenaan.

“Notis pematuhan telah dikeluarkan kepada majikan berkenaan untuk tindakan pembetulan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang meminta kementerian menyatakan statistik tahap pematuhan majikan selepas pelaksanaan dasar gaji minimum RM1,700 serta langkah penguatkuasaan terhadap sektor perniagaan mikro di luar bandar yang berdepan peningkatan kos operasi.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata JTK menerima sebanyak 264 aduan berkaitan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2024 dengan 233 aduan telah diselesaikan dan 185 aduan didapati berasas

“Bagi kes buruh pula, sebanyak 585 kes direkodkan. Sebanyak 477 kes telah diselesaikan dengan perintah pembayaran berjumlah RM894,646.73 dikeluarkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan mengenai pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP), beliau berkata seramai 51,363 pekerja tempatan daripada 4,250 majikan telah menerima manfaat daripada dasar itu, sekali gus melepasi sasaran awal kerajaan melibatkan 50,000 pekerja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved