Lantai konkrit runtuh, penari tarian singa jatuh ke dalam lubang di Tuaran

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 11:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Malang tidak berbau apabila sekumpulan penari yang sedang mempersembahkan tarian singa sempena Tahun Baru Cina terjatuh ke dalam lubang di hadapan blok premis pekan Tamparuli di sini, semalam apabila lantai konkrit itu runtuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga penari tarian singa didapati tidak mengalami kecederaan dan diselamatkan rakan sepasukan dengan menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.

Orang awam, Rayner Ebi, 45, berkata kejadian yang tidak diduga itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa kumpulan berkenaan.

“Kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada dalam satu kenyataan di laman sosial facebook.

"Masalah di kawasan lantai kaki lima premis itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian. Bagaimanapun, kejadian lantai kaki lima kedai runtuh berlaku ketika pertunjukan tarian singa sedang berlangsung di lokasi itu,” katanya.