
KOTA MARUDU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya gagal melintasi sebuah jambatan konkrit, lalu hanyut dibawa arus kira-kira 15 meter dari jambatan itu di Sungai Simpangan, dekat sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hasbi Hajat berkata, seramai lapan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Dusin Sagaron bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.20 petang menerusi talian balai.
AdvertisementKatanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 5.31 petang mendapati mangsa berumur lingkungan 20-an itu berada pada bumbung kenderaan tersebut.
“Anggota yang dilengkapi dengan pakaian perlindungan diri (PPE) bertindak menyeberang sungai untuk menyelamat mangsa dengan menggunakan tali.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Operasi terkawal sebaik sahaja mangsa dibawa naik ke tempat selamat pada jam 5.50 petang, dan operasi tamat pada jam 6.08 petang,” katanya.



