
Tuaran: Malang tidak berbau apabila sekumpulan penari yang sedang mempersembahkan tarian singa sempena Tahun Baru Cina, terjatuh ke dalam lubang di hadapan blok premis pekan Tamparuli di sini, Rabu lepas, apabila lantai konkrit itu runtuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga penari tarian singa bernasib baik tidak mengalami kecederaan, dan diselamatkan rakan sepasukan yang menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.
AdvertisementSeorang awam, Rayner Ebi, 45, berkata kejadian tidak diduga itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa berkenaan.
“Kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam suatu hantaran Facebook.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tuaran itu bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.
“Masalah di kawasan lantai kaki lima premis itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bagaimanapun, kejadian lantai kaki lima kedai runtuh berlaku ketika pertunjukan tarian singa sedang berlangsung di lokasi itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon tindakan segera pihak Majlis Daerah untuk memastikan keselamatan pengguna setempat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Rayner turut menasihatkan pejalan kaki di pekan itu untuk berhati-hati melalui kawasan berbahaya terbabit.
Tinjauan Harian Ekspres juga mendapati kejadian lantai runtuh itu berlaku disebabkan tanah mendap yang dipercayai akibat sistem perparitan tidak teratur.


