Lapangan terbang dikecam kenakan caj 10 pound kepada pemandu

25 Jul 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lapangan terbang dikecam kenakan caj 10 pound kepada pemandu

LONDON: Lapangan terbang di Britain dikecam kerana mengenakan caj ‘kiss-and-fly’ sehingga 10 pound (RM54.70) kepada pemandu yang menghantar penumpang di kawasan berhampiran terminal.

Kajian mendapati lebih tiga perempat lapangan terbang menaikkan atau memperkenalkan caj menghantar penumpang dalam tempoh setahun lalu.

Sebanyak 16 daripada 20 la­pangan terbang yang dianalisis oleh Kelab Automobil Diraja menaikkan caj tersebut sejak musim panas tahun lalu. 

Pada kebiasaan, caj itu di­kenakan kepada pemandu yang menghantar penumpang di kawasan paling hampir dengan terminal.

Lapangan Terbang Gatwick dan Stansted mengenakan caj tertinggi, masing-masing 10 pound bagi tempoh 10 hingga 15 minit.

Ia diikuti Lapangan Terbang Edinburgh dan Bristol, yang masing-masing mengenakan caj 8.50 pound (RM46.50) bagi tempoh 10 minit.

Sementara itu, Lapangan Terbang Bandar Raya London berubah daripada satu-satunya lapangan terbang utama United Kingdom yang membenarkan penghantaran percuma di luar terminalnya kepada caj paling mahal mengikut kadar seminit, iaitu 8 pound (RM43.70) bagi tempoh lima minit.

Empat lapangan terbang yang tidak menaikkan caj itu tahun ini adalah Liverpool, John Lennon, East Midlands, Bandar Belfast dan Southampton. – AGENSI

The post Lapangan terbang dikecam kenakan caj 10 pound kepada pemandu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved