Laporan siasatan dakwaan 'mafia korporat' akan didedahkan kepada umum - Parlimen diberitahu

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 3:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Laporan siasatan dakwaan 'mafia korporat' akan didedahkan kepada umum - Parlimen diberitahu Image from: Laporan siasatan dakwaan 'mafia korporat' akan didedahkan kepada umum - Parlimen diberitahu hamden26/10/2026 - 15:35 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Okt - Kerajaan akan mendedahkan kepada umum laporan siasatan pasukan petugas khas berhubung dakwaan 'mafia korporat' yang dikaitkan dengan pengambilalihan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, bagi memastikan ketelusan dan mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan negara.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan laporan berkenaan akan diumumkan kepada umum selepas siasatan selesai.

 

Beliau berkata, pasukan petugas khas yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, diberikan tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan siasatan.

 

 

 

 

 

 

“Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa laporan itu akan didedahkan kepada umum bagi memastikan ketelusan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap integriti institusi penguatkuasaan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

 

Pasukan petugas khas itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Penubuhannya diumumkan Anwar pada 20 Oktober lalu bagi menyiasat dakwaan jenayah korporat.

 

 

 

 

 

 

Siasatan itu susulan laporan Bloomberg mengenai dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ yang memetik puluhan sumber tanpa nama, termasuk individu yang didakwa merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang masih berkhidmat.

 

Laporan berkenaan mendakwa sekumpulan individu merancang pengambilalihan secara tidak adil terhadap syarikat yang dikaitkan dengan projek yang dianugerahkan menerusi tender kerajaan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved