Laung azan tujuh kali tengah laut, bantu cari mangsa lemas

3 Sep 2026 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Laung azan tujuh kali tengah laut, bantu cari mangsa lemas
Mohd Azroy (kanan) bersama pelajar tahfiz ke tengah laut untuk melaungkan azan.
Image from: Laung azan tujuh kali tengah laut, bantu cari mangsa lemas
Mohd Azroy sedang melaungkan azan di tengah laut.

KOTA TINGGI - Lebih dua jam berada di tengah laut bagi membantu mencari mangsa lemas, laungan azan yang menjadi ikhtiar sekumpulan pelajar tahfiz bersama guru membawa kepada penemuan satu jasad di hadapan bot mereka pada Khamis.

Guru Pendidikan Islam, Mohd Azroy Azhar berkata, mereka tiba di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar jam 11.45 pagi sebelum meminta izin daripada ahli keluarga untuk melaungkan azan di pesisir pantai.

Mohd Azroy kemudian mencadangkan untuk melaungkan azan di tengah laut dan meminta izin dengan pengendali bot yang juga sahabatnya untuk membawa mereka.

“Kami melaungkan azan sebanyak tujuh kali di tengah laut, keadaan memang mencabar sebab air pasang dan angin kuat.

“Seorang mudir dan dua pelajar muntah namun kami tetap meneruskan laungan azan serta mengalunkan selawat tafrijiyyah.

“Selepas azan kedua, jasad itu dijumpai terapung,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua daripada enam remaja berusia 16 tahun meninggal dunia dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar.

Dua lagi mangsa, Muhammad Adib Hafiy dan Mohamad Haiman Fitri Supian belum ditemui manakala Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, diselamatkan orang awam.

Mohd Azroy berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya melaungkan azan di tengah laut sebagai ikhtiar membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas.

Mereka akan ke lokasi kejadian bagi melakukan ikhtiar sama pada Jumaat pagi.

“Kita teruskan ikhtiar selagi boleh dan diharapkan ahli keluarga bersabar, sentiasa solat serta berdoa memohon urusan dimudahkan,” ulasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved