Remaja 16 tahun hilang ketika cari ketam ditemukan lemas

4 Sep 2026 • 8:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Remaja 16 tahun hilang ketika cari ketam ditemukan lemas

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Arif Daniel, yang juga anak bongsu daripada dua beradik dan pelajar institusi TVET, dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak laut berhampiran Pantai Klebang.

MELAKA: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak laut berhampiran Pantai Klebang di sini, ditemukan semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata mayat Muhammad Arif Daniel Nizamuddin ditemukan nelayan berhampiran perairan Pulau Upeh kira-kira 7.20 malam.

Beliau berkata lokasi penemuan itu kira-kira dua batu nautika dari daratan dan pasukan bomba digerakkan ke kawasan berkenaan untuk mengambil mayat mangsa.

“Pengecaman mayat mangsa dilakukan oleh waris kira-kira 8.30 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Halim Abas ketika dihubungi turut mengesahkan penemuan mayat mangsa..

Mohd Shahrom berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan bedah siasat dijangka dijalankan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Arif Daniel, yang juga anak bongsu daripada dua beradik dan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak laut berhampiran Pantai Klebang, kira-kira 3 petang pada hari Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terjerlus ke kawasan lebih dalam atau ditarik ombak sebelum hilang.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama seorang rakannya pergi ke kawasan berkenaan untuk mencari ketam sebelum dia dipercayai berenang ke tengah laut dan ditarik ombak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved