Laungan Daulat Tuanku iringi keberangkatan Tuanku Mukhriz

17 Sep 2026 • 11:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Laungan Daulat Tuanku iringi keberangkatan Tuanku Mukhriz

SEPANG: Laungan Daulat Tuanku bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dari luar negara.

Baginda bersama ahli keluarga dilihat keluar dari Bilik Khas sekitar pukul selepas pesawat membawa baginda mendarat kira-kira 10.35 malam.

Laungan itu dibuat lebih 300 rakyat Negeri Sembilan yang setia menantikan ketibaan baginda sejak pukul 8 malam.

Kebanyakan penyokong berpakaian serba kuning dan hitam itu turut mengangkat sepanduk tertera tulisan Daulat Tuanku.

Baginda turut berkesempatan menyantuni penyokong dan rakyat yang hadir sebelum dilihat berjalan menuju ke kenderaan.-UTUSAN

The post Laungan Daulat Tuanku iringi keberangkatan Tuanku Mukhriz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved