Sultan Nazrin meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

31 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sultan Nazrin meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 peringkat negeri di hadapan Dewan Bandaran, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda berdua diiringi dua anakanda iaitu Raja Kechil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang diiringi Platun Brassband KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa diikuti persembahan koir oleh 120 pelajar gabungan tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet Ipoh; SMJK A.V. Maria Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan muzikal bertajuk ‘Sepatung, budaya menyatukan bangsa’ di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak yang dijayakan 120 ahli.

Persembahan itu disusuli perarakan perbarisan membabitkan 5,884 peserta daripada 105 kontinjen yang mewakili jabatan kerajaan, pasukan beruniform, daerah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pihak berkuasa tempatan serta badan berkanun.

Turut mengambil bahagian ialah lima pasukan pancaragam sekolah dan 16 kontinjen kenderaan membabitkan 301 unit kenderaan daripada agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Sebaik sahaja majlis berakhir, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan orang ramai yang hadir, sekali gus menceriakan suasana sambutan. – UTUSAN

The post Sultan Nazrin meriahkan sambutan Hari Kebangsaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved