Layanan Bella Astillah Di Kenduri Rakyat Buat Tetamu Tersentuh - “Seumur Hidup Saya Tak Pernah Beria Macam Ini Dengan Artis, Tetapi Dia Istimewa…”

28 Oct 2026 • 9:26 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Layanan Bella Astillah Di Kenduri Rakyat Buat Tetamu Tersentuh - “Seumur Hidup Saya Tak Pernah Beria Macam Ini Dengan Artis, Tetapi Dia Istimewa…”

Layanan mesra penyanyi dan pelakon Bella Astillah terhadap seorang tetamu pada majlis Kenduri Rakyat bersama suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Muar, Johor mencuri perhatian.Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan memuat naik video memaparkan Bella mengambil telefonnya sebelum merakam momen bersama.Menurut individu tersebut, dia pada awalnya sekadar meluahkan keinginan untuk bergambar dengan Bella tanpa menyangka kata-katanya didengari penyanyi itu.“Saya tersekat di situ, dengan nada sedih bermonolog sendiri, ‘Nak ambil gambar dengan Bella’.“Tak sangka dia dengar. Terus dia ambil telefon saya dan rakam,” tulisnya.Tersentuh dengan layanan tersebut, individu berkenaan menyifatkan Bella sebagai seorang yang baik hati dan lemah lembut.Katanya, pengalaman itu cukup istimewa kerana dia tidak pernah begitu bersungguh-sungguh mahu mendekati seseorang artis sebelum ini.“Seumur hidup saya, tak pernah beria macam ini dengan artis. Tetapi dia istimewa.“Sangat kuat, sentiasa lembut, sangat baik, tidak sombong,” kongsinya.Dalam perkongsian sama, tetamu tersebut turut menitipkan doa agar Bella sentiasa berada dalam peliharaan Allah.Untuk rekod, majlis Kenduri Rakyat Bella dan Syed Saddiq di Muar pada 25 Oktober lalu menerima kehadiran lebih 10,000 tetamu.Selain penduduk setempat, majlis tersebut turut dihadiri pengunjung dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.Selepas diraikan dalam resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Muar, pasangan itu dijadualkan mengadakan majlis seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved