KOTA MARUDU: Laungan “Justice for Zara” bergema di Parkir Dewan Komuniti Kota Marudu pada Ahad apabila lebih 10,000 orang awam dalam Himpunan Solidariti Aman menuntut keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Walaupun berlangsung dalam keadaan hujan renyai perhimpunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Fatih (PKAS) Sabah yang diketuai ustaz Datu Mohamad Farid Datu Liman itu tidak mematahkan semangat semua peserta yang hadir.
Peserta perhimpunan bukan sahaja datang dari Kota Marudu malahan turut dihadiri masyarakat daerah Pitas, Kudat, Matunggong dan Kota Belud sewal jam 4 petang.
Tangisan, doa, serta poster bertulis mesej “Kami Bangkit Demi Keadilan Zara” dan “Buli Itu Pembunuh Senyap” menambah kesyahduan himpunan terbabit.