Lebih 200,000 peserta meriahkan RXZ Members 8.0

2 Aug 2026 • 11:38 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 200,000 peserta meriahkan RXZ Members 8.0

KUALA NERUS – Program RXZ Members 8.0 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 200,000 peserta menjadikan ia paling ramai sepanjang edisi penganjurannya sejak tahun 2017.

Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, sambutan memberangsangkan itu tidak diduga pihaknya memandangkan program tersebut diadakan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Pada mulanya kita sangkakan kehadiran peserta akan berkurangan kira-kira 10 peratus namun Alhamdulillah, kehadiiran kali ini melonjak lebih 200,000 dalam kalangan peminat motosikal Yamaha RXZ. Ia sekaligus menjadikan ia penyertaan paling ramai malah mengatasi 160,000 orang dicapai pada edisi tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad Faizal berkata, tapak program di Litar Permotoran Terengganu di sini bukan sahaja dibanjiri peminat motosikal Yamaha RXZ tempatan malah luar negara.

“RXZ Members kini menjadi acara perhimpunan motosikal yang dinanti-nantikan saban tahun. Ia menguatkan kami untuk terus menganjurkan edisi seterusnya di Terengganu selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih 200,000 peserta meriahkan RXZ Members 8.0 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved