
KUNAK: Lebih 200 daripada 800 projek pembinaan yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara pada ketika ini mendahului jadual pelaksanaan (AOT).
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perkara itu mengambil kira projek yang mendahului jadual pelaksanaan melebihi seminggu hingga 10 hari.
“… tetapi angka 200 ini masih lagi tidak mencukupi. 200 daripada 800 projek, manakala baki projek pembinaan itu adalah projek yang mengikut jadual, projek lewat dan ada tiga peratus projek sakit.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Mana-mana projek terutama di Sabah ini hendaklah dipastikan projek-projek itu disiapkan tepat pada jadual atau AOT. Apabila projek itu sudah terlewat, antara rancangan yang patut dilakukan kontraktor adalah mewujudkan kerja tambahan masa misalnya pada hujung minggu termasuk mewujudkan syif berganda kerja sehari,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kemajuan projek pembinaan bangunan baharu meliputi 12 bilik darjah serta kemudahan lain di Sekolah Kebangsaan Kunak Jaya di sini, Rabu.
Ahmad turut mencadangkan agar pegawai JKR berkaitan melawat dan mempelajari aspek pembinaan di luar negara misalnya China dan India yang menyiapkan projek binaan dengan pantas menggunakan teknologi terkini antaranya sistem bermodul pasang siap.
Di Sabah terdapat lima projek sekolah daif yang mendahului jadual pelaksanaan antaranya dua di Semporna dan masing-masing satu di Tawau, Kota Belud serta Pensiangan.



