Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak

14 May 2023 • 10:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 14 MEI: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) yang menutup tirainya hari ini di daerah Gombak berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 35,000 pengunjung.

Program yang bersekali dengan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani itu diadakan di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak mulai 8 hingga 11 malam.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dan barisan menteri Kabinet serta EXCO Kerajaan Negeri.

image is not available
Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah menghiburkan pengunjung pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN

Sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya lemang daun lerek, ketupat, rendang, sate, kambing golek, aneka jenis kuih muih, buah-buahan dan pelbagai jenis air balang.

image is not available
Datuk M Nasir menghiburkan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Dato’ M Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.

JKSA yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI