Lebih 50,000 dijangka ‘banjiri’ PAU 2026

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 50,000 dijangka ‘banjiri’ PAU 2026

KUALA LUMPUR – Lebih 50,000 orang dijangka membanjiri Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 minggu depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jangkaan itu dibuat susulan permintaan dan permohonan tinggi diterima daripada orang ramai yang mahu menghadiri perhimpunan tahunan parti tersebut.

“Kita menjangkakan kehadiran ke WTC kali ini akan besar. Sepanjang program bermula 8 hingga 12 September, kita menjangkakan lebih 50,000 orang akan hadir.

“Ini kerana sepanjang satu atau dua bulan ini kita menerima begitu banyak permintaan dan permohonan untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO,” katanya pada sidang akhbar khas menjelang PAU 2026 di Auditorium UMNO di sini, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, seramai 6,401 perwakilan akan menghadiri PAU kali ini, tidak termasuk pemerhati serta ahli dan keluarga besar UMNO yang lain.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,922 merupakan perwakilan UMNO induk, diikuti Wanita UMNO (1,163), Pemuda UMNO (1,171) dan Puteri UMNO (1,145).

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya perwakilan rasmi dibenarkan memasuki Dewan Merdeka ketika persidangan berlangsung berikutan kapasiti yang terhad.

PAU 2026 akan berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 September ini, manakala beberapa acara pra-PAU akan bermula pada 8 September. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih 50,000 dijangka ‘banjiri’ PAU 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved