Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis

31 Aug 2026 • 8:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis

KANGAR: Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri ini yang berlangsung di Kompleks Tuanku Syed Putra, di sini malam tadi.

Berangkat pada sambutan berkenaan, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan hadir sama, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal antaranya seperti Liza Hanim, Nawary Kilauan Emas, Kugiran Wak Jeng, Renjaka Band dan Guitar Rockestra.

Paling dinanti, perbarisan dan perarakan melibatkan sebanyak 70 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menariknya, perbarisan menyaksikan penyertan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek di stadium.

Antara persembahan lain menarik perhatian seperti Pancaragam Gabungan Markas 30 Bridged, Persembahan Khas Seni Bela Diri, Pantomim Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan Rentak Anak Malaysia.

Selain persembahan, sambutan yang dipenuhi orang ramai sejak pukul 8 malam itu turut melibatkan pertandingan pakaian tercantik, pasukan kawad terbaik dan cabutan bertuah.

Tepat detik 12 tengah malam, laungan ambang merdeka diketuai oleh Abu Bakar bergema di Kompleks Tuanku Syed Putra dengan bersama acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu Negaraku sebelum dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api yang menjadi simbolik penutup bagi sambutan berkenaan.-UTUSAN

The post Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved